Senin, 29 Oktober 2012

sejarah rock n roll

Sejarah Rock And Roll

Istilah "Rock-and-Roll" telah pertama kali digunakan dalam tahun 1951 oleh Alan Freed, iaitu seorang DJ dari Cleveland, USA. Asalnya diambil dari lagu "My Baby Rocks Me with a Steady Roll". Alan Freed menggunakan perkataan "rock, roll, rock and roll" dan mengaitkan irama tersebut dengan adegan di atas katil yang biasa digunakan dalam muzik blues. Dalam budaya masyarakat pak hitam ketika itu, perkataan "rock n roll" bolehlah di samakan dengan perkataan "kong*ek" dalam masyarakat Melayu. Pendek kata "Rock-and-Roll" muncul dari irama rythm and blues yang dinyanyikan dengan iringan petikan gitar karan dan lirik yang menyeronokkan muda belia mendengarnya. Blues telah muncul sebelum tahun 1950 lagi iaitu muzik pendatang dari Afrika. Dari dictionary.com, makna "rock'n'roll" adalah satu genre muzik popular bermula dalam tahun 1950an; adunan muzik bangsa kulit hitam "rhythm-and-blues" dengan muzik bangsa kulit putih "country-and-western"; perkataan "rock" pula adalah istilah yang dikeluarkan dari pelbagai stail yang bercambah dari "rock'n'roll."

Beberapa lagu tahun 50an dihidangkan di sini. RealPlayer diperlukan.
Runaway oleh Del Shannon
Your Sixteen oleh Johnny Burnette
At the Hop oleh Danny and the Juniors
Queen Of The Hop oleh Bobby Darin
Love Potion No.9 oleh The Clovers
Oooby Dooby oleh Roy Orbison

Antara mereka yang menonjol di era 50an adalah Bill Haley (Rock Around The Clock) , Buddy Holly (That will be the day), Carl Perkins, Chuck Berry (Maybelline), Elvis Presley (Jailhouse Rock), Fats Domino, Jerry Lee Lewis, Little Richard (Lucille), Muddy Waters, James Brown (I feel Good) dan ramai lagi.

Asal lagu-lagu rock menggunakan solo saxaphone tetapi sekitar 1956, gitar karan telah mula dijadikan alat solo utama. Walaupun artis seperti James Brown masih menggunakan saxaphone, tetapi guitar lebih diminati. Lagu-lagu hits seperti Jailhouse Rock (Elvis Presley) dan Rock Around The Clock (Bill Haley & The Comets) telah mengunakan gitar sebagai alatan utama.

Pada peringkat permulaan, rythm and blues cuma di nyanyi dan di dengari oleh orang kulit hitam. Lirik-lirik lagunya kebanyakan berunsur lucah , dan di gam untuk siaran radio. Sikap perkauman orang putih telah menjadi musuh utama rythm and blues. Lagu yang dikatakan yang telah membuat orang kulit putih mulai meminati lagu rythm and blues adalah lagu Sixty Minutes Man oleh The Dominos. Beratus ribu rekod telah dijual walaupun tanpa promosi siaran radio. Lagu Sh-Boom oleh kumpulan orang kulit hitam dari New York, iaitu The Chords telah menembusi carta lagu orang kulit putih pada tahun 1954.

Pada tahun 1955, lagu Maybelline dendangan Chuck Berry telah direkodkan dan boleh dikatakan asas kepada lagu rock, kerana beliau lah orang pertama yang menggunakan gitar karan sebagai alat utama, dan mengenengahkan bunyi "descending pentatonic double-stops" (asas gitar rock)

Penghujung 50an dan awal 60an merupakan tahun kegelapan rock-n-roll di USA. Peminat muzik telah beralih selera kepada muzik yang lebih melodik dan suka berdansa. Lagu-lagu dari Paul Anka - Diana (1957), Pat Boone - Love Letters In The Sand (1957), Bobby Darin - Dream Lover (1959), Frankie Avalon - Why (1959), Fabian (Forte) - I'm a Man (1959), Bobby Rydell - Wild One (1960), Rick Nelson - Hello Mary Lou (1961), Bobby Vee (Velline) - Take Good Care Of My Baby (1961), dan Neil Sedaka - Breaking Up Is Hard To Do (1962), dan yang seangkatan telah mengambil alih.

Walaubagaimanapun masih ada kugiran-kugiran yang berkonsepkan rock-and-roll. Antaranya adalah lagu-lagu berikut:-
Save The Last Dance For Me oleh The Drifters
Its In His Kiss oleh Betty Everett
Crazy Man Crazy oleh Bill Haley
Can't Stay Mad At You oleh Skeeter Davis

Penghujung 60an pula, di USA beberapa kumpulan rock muncul kebanyakan dari daerah Michigan. Antara lagu-lagu yang menarik adalah:-
Who Do You Love oleh The Woolies
Heavy Music oleh The Last Heard

Lagu-lagu dari UK juga berkembang sama. Lagu-lagu dari kumpulan The Beatles (awal 60an) telah membangkitkan kegemilangan rock-n-roll semula dan begitu diminati ramai dan telah menembusi pasaran USA. Rock n roll kembali menyinari kancah muzik pop. Antara lagu2 dari UK adalah:-
Please Please Me The Beatles
Apache oleh The Shadows
Shakin All Over oleh Johnny Kidd and The Pirates
Gloria oleh Them
He's In Town oleh Rockin' Berries

Zaman kegelapan telah mengevolusikan rock-n-roll. Oleh kerana pemuzik rock n roll tidak boleh lagi mengharapkan radio sebagai saluran untuk memperdengarkan lagu-lagu mereka, maka pemusik2 tersebut telah mencampur adukkan rentak-rentak lain kepada rock-n-roll. Contohnya pada tahun 1957 lagu instrumental Rumble oleh Link Wray telah mencipta bunyi gitar "fuzz-tone" (konsep "power chord"); dan dalam tahun 1958, Eddie Cochran telah mengadun bunyi-bunyian dari alat muzik dan vokal dalam lagu-lagu Summertime Blues dan C'mon Everybody. Inovasi-inovasi ini merupakan satu kejayaan kepada teknologi muzik tetapi di waktu itu, rock n roll tidak menjadi perhatian kepada penerbit album maupun pendengar muzik keseluruhannya.

Lagu-lagu Rock 50an tidak mementingkan kehalusan alunan dan bunyi. Tiada "rock n roll drive" yang menarik dan meninggi hingga membingitkan telinga. Gitar karan pun bunyinya biasa saja, tidaklah sehingga seperti bunyi mesin sedut habuk macam rock sekarang. Rekoding pun lebih kurang, dilakukan secara live, tiada efek stereo dan media rekod hanyalah piring hitam. Namun apabila zaman berubah dan teknologi berubah, kita lihat kumpulan-kumpulan Rock 60an seperti Rolling Stones telah meniru lagu Chuck Berry lebih baik daripada Chuck; Beatles meniru Carl Perkins; dan The Who membawa lagu Eddie Cochran - Summertime Blues dengan lebih lunak lagi.

Maka pada tahun 60an bermulalah cabang-cabang Rock. Antara lain cabang-cabang tersebut adalah Rhythm & Blues, Hard Rock, Heavy Metal, Arena Rock, Punk/Grunge, Roots Rock, Folk Rock, Celtic Rock, Jazz Rock, Mope Rock, Meta Rock dan Pop Rock.

sumber : http://riwayatrock.blogspot.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar